FIRST LOVE KE??

7:11 PG



Beberapa hari ini..bukan dari bulan lepas aku teringat pada seorang lelaki pertama yang aku minat gila dulu masa aku tingkatan satu dia tingkatan du, so kiranya dia senior aku. Aku tak tahu macam mana bole aku tersuka kat dia. tp aku suka cara dia. hehe. Suka cara dia berdiri, bercakap,suka cara dia bawak buku teks tebal. Dia pengawas dulu . Memang aku observe dia,bukan stalker. Boleh katakan aku suka cara dia yang seksi. Maksud aku yang seksinya,cara dia bukan badan dia ok?

Sekolah kami ada 2 shift kiranya sekolah pagi dan sekolah petang. Aku shift sekolah petang dan dia sama. Rumah aku jauh dari sekolah so aku akan naik bas ke sekolah pergi dan balik dan dia rumah dia memang dekat dengan sekolah.Boleh dikatakan tiap hari lepas waktu habis sekolah aku akan tengok dia balik rumah sebelum aku naik bas,Bila dia dah hilang dari pandangan baru aku naik bas. Tak pun aku akan usya dia dari atas bas,Gila Betul Aku.






Kelas dia menghadap kelas aku,, lepas cikgu habis mengajar memang sengaja keluar ke tandas padahal nak jenguk dia hahaha, Bengong Betul Aku.Lepas tu aku sengaja lalu depan kelas dia sebab nak tengok dia. Kawan -kawan aku xtaw aku suka dia.Aku suka dia dalam diam.Aku tak pernah try nak bercakap atau nak berkenalan dengan dia ataupun ambik nombor dia,sebab kalau aku suka orang tu memang aku xkan bercakap dengan dia. Aku just observe dia dari jauh je hahaah. Pernah jugak aku tulis nama dia dalam buku latihan,kantoi dengan mak aku, tapi mak aku relak jer. Lepas setahun belajar kat sekolah tu aku pindah ke sekolah lain dan sampai sekarang aku x pernah jumpa dia. Kalau aku lalu depan sekolah lama tu lagi memang aku xkan jumpa dia da,,hehe tu la kenangan aku dengan lelaki..

dia memang seorang yang cool dan seksi. Bagi aku seksi dan cool pada pandangan aku dia sorang yang rajin dan bertanggungjawab, Maybe dia dah kahwin hehe,.. Aku teringat sebab dia muncul dalam mimpi aku..

bole dikatakan dia first love aku ke?



 

You Might Also Like

7 ulasan

  1. Hahah samalah. Kalau kita suka orang pun, kita tak cakap dengan sesiapa hanya memerhati dari jauh. >_<

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe kte malu je sbb tu xnak cakap ngn dia

      Padam
  2. alolo.. takpe kalau dah jodoh, suatu hari nanti mesti akan jumpa balik :D

    BalasPadam
  3. hehehe interesting....samala...tp sy diam je sbb xlama tu sy pindah scool lain

    BalasPadam

Instagram