KOREAN LOVER : JENIS - JENIS KIMCHI DI KOREA

10:27 PTG


Ada yang segelintir masyarakat sekarang tak kira tua atau muda suka kan masakan kimchi. Kimchi telah menjadi terkenal satu dunia.Tak terkecuali saya dan satu keluarga sangat sukakan kimchi. 
Kimchi telah menjadi satu trend pada masyarakat sekarang . Saya sangat suka mengikuti page Faiza.Amer di facebook dimana beliau menjual kimchi halal pada masyarakat melayu. Serta menunjukkan resepi cara - cara membuat kimchi halal. Satu bekas Kimchi RM25.

Kimchi adalah makanan Tradisional Korea dan ianya adalah makanan penting dalam rutin makanan. Kimchi telah diiktirafkan oleh dunia sebagai makanan yang tersihat selama 7 abad. Ciri - ciri kimchi yang terbaik adalah kimchi yang rangup,manis dan masam selain itu kepedasan kimchi tersebut terpulang pada hak masing - masing. Kimchi biasanya akan dihidang sebagai makanan sampingan pada waktu sarapan, waktu makan tengahari dan waktu makan malam.



SEJARAH KIMCHI



Reseipi asal Kimci pada asalnya hanyalah menggunakan garam dan sayur kering dan secara perlahan -lahan bawang putih dan sos ikan dijadikan bahan asas untuk kimchi . Pada musim sejuk orang korea biasanya akan dapatkan nutrien daripada makanan yang di tapai. Dan mereka telah biasa makanan yang ditapai sehinggakan semua makanan mereka ditapai contohnya ketam tapai, doenjang ( soya yang ditapai) dan lain - lain lagi. Sejak era Koryeo ( 918 - 1392 masihi) ke era Joseon ( 1392 - 1897 masihi) dan sampai sekarang kimchi menjadi makanan rutin harian mereka.

Pada zaman Koryeo,Kimchi hanyalah makanan yang paling simple sekali. Kimchi pada zaman Koryeo hanyalah lobak putih dan kobis yang ditapai menggunakan kicap cair dan garam. Tetapi bila zaman Joseon bermula,Kimchi telah berubah.Ianya bermula bila berlakunya Perdagangan yang dilakukan oleh orang jepun. Orang jepun memperdagangkan kentang dan jagung (makanan yang berkanji) dan juga cili merah. Orang korea zaman Joseon telah mengolah resepi kimchi dengan menggunakan cili merah yang ditapai yang selalu dipanggil gojuchang. Dan sebab itu kimchi yang berwarna merah bermula dari zaman joseon bertahan sampai sekarang.




Pada zaman kini,korea mempunyai 200 jenis kimchi dan mempunyai ciri-ciri mereka yang unik dan tersendiri. Kimchi menjadi sangat popular pada zaman Olympic tahun 1988 di Seoul,Korea dan Kimchi mempunyai permintaan yang sangat tinggi di seluruh dunia. Korang boleh jumpa kimchi yang dijual dalam Supermarket Tesco hehe. Tambah pula,pihak sains telah mengkaji bahawa kimchi boleh melawan kanser.

JENIS - JENIS KIMCHI 

Dalam entri hari ini,saya akan menerangkan 5 jenis Kimchi yang biasa dihidang dalam makanan mereka dan biasanya yang kita tengok dalam drama korea. Kimchi dibahagi kepada dua kategori iaitu Kimchi bermusim dan Kimchi musim sejuk ,



Baechu Kimchi (배추김치) / whole cabbage kimchi

Merupakan kimchi yang popular di korea,dan biasanya dihidang pada waktu makan pagi,tengahari dan malam. Kimchi Baechu tidak terlalu pedas. Pembuatan kimchi baechu, biasanya mereka akan sapu semua ramuan sos kimchi ke seluruh kubis dan sebelum itu kubis akan direndam dalam air bergaram selama 3 - 4 jam. Ramuan untuk sos pula, mereka campur semua serbuk cili, bawang putih, halia dan sos ikan. dan selepas kubis yang direndam tadi jadi lembut mereka akan ratakan sos ini ke seluruh kubis dan biarkan selama 48 jam dan selepas itu mereka akan potong seperti gambar di atas and ready to serve up.




second kimchi adalah Ggakdugi Kimchi ( 깍두기김치) ialah kimchi lobak putih yang dipotong kecik - kecik dan dicampur dengan serbuk cili yang kemerahan untuk memberikan warna yang vibrant pada kimchi ini. dan walau ianya merah tapi tak pedas jangan tertipu dengan gambar di atas. Rasanya adalah manis dan rangup dan sesuai pada mereka yang kali pertama ingin rasa kimchi . 


Yeolmumul Kimchi (열무물 김치) / Green water kimchi merupakan kimchi yang dimakan pada musim panas di korea, Pucuk lobak putih merupakan bahan utama untuk kimchi ini. Mereka akan blendend cili hijau,cili merah dan bawang putih. dan sos ini akan dicampur dengan sayur lobak putih.


Nabak Kimchi ( 나박 김치) / red water kimchi adalah kimchi yang diperbuat daripada lobak putih yang dipotong kecik dan dicampur dengan kubis, daun bawang,dan serbuk cili . Ianya serupa dengan yeolmumul kimchi



Chonggak Kimchi (총각김치)/ Ponytail Kimchi adalah kimchi lobak putih yang ditapai. Lobak putih yang digunakan adalah lobak putih muda . Sos untuk kimchi adalah pedas dan sesuai untuk mereka yang suka makan pedas - pedas, ramuan utk sos adalah bawang putih,halia,serbuk cili merah. dan ianya serupa dengan baechu kimchi cuma yang ini lagi pedas dari baechu kimchi

sampai sini saja la entri hari ini, dan entri ini khusus untuk k-food lover. 또보자

You Might Also Like

6 ulasan

  1. Berjenis-jenis rupanya yang biasa Mrs. A tengok kim-chi kobis

    BalasPadam
  2. rajinnya buat research!!! kita tkpenah try dan agak tksuka sayur, agak agak boleh ke suka kimchi ni lol ><

    BalasPadam
  3. terima kasih post entri ni... info yang sangat berguna.

    BalasPadam
  4. banyak jenis rupenya kimchi ini.. ingat 1 je

    BalasPadam
  5. maaf komen tak bersangkut paut dengan entry.. cuma nk inform, cik en dah update baru no untuk dihubungi untuk entry ini

    http://www.nurfuzie.com/2016/03/kesan-minum-isagenix-e-beverage.html

    BalasPadam
  6. tekak jenis tak reti makan makanan korea..huhu tgk jela nampaknya :)

    BalasPadam

Instagram