Viral di Facebook

6:13 PG


Assalamualaikum pada semua kawan- kawan ku. Lama sangat saya menyepi rasanya dalam sebulan ni tak jenguk langsung blog atau blogwalking. Sekarang ini saya bekerja di Subang Jaya so nak berulang alik dari Rawang ke Subang jaya ambik masa jugak laa, Bila balik kerja je tepat lepas solat maghrib kompem lentok da kat atas katil, Main-main henset kejap then tertidur terus. Alhamdulillah saya dapat kerja di Syarikat yang sangat bagus, Staff-staf yang sangat baik hati dan dapat bos yang bertimbang rasa, Bos saya orang arab tapi memang pandai cakap melayu. Dia da tinggal kat Malaysia almost 20 years, Masa saya kecik lagi dia da tinggal kat sini dan berkahwin dengan orang Penang dah ada 4 orang anak da pun,Semua comel2 je anak dia.

Update post hari ini berkaitan dengan Viral - viral di FB, terdetik dalam hati nak bercerita tentang hal ni. Dunia sekarang ni kalau nak popular senang je, Buat la apa2 pun sama ada benda tu bagus atau buruk mereka akan upload di FB then mereka akan LIKE/KOMEN.tak kira la komen baik atau brupa maki, Janji kau popular. yang tak boleh blah bila ada orang upload kucing kena dera,kucing dikorek biji mata,kucing dipijak,kucing diikat kat tiang lari, Kenapa mesti nak buat macam tu,kau dah tak de kerja lain ke selain nak dera kucing, So stupid la,Bangga ke kau buat mcm tu? Lepas saya tengok post macam tu saya da sumpah macam - macam da kat orang macam tu, Kan dah dapat dosa, 

Yang kedua post mengenai penderaan suami terhadap isteri, bagi saya bila saya tengok post macam ni buatkan saya lebih berhati hati dalam memilih lelaki,Mungkin situ ada hikmahnye la,, Selain itu, viral mengenai iklan Extravaganza yang si bella nak kurus tu, kelakar betul tak, Semata -mata nak lariskan produk tu,Serius saya tak pernah taw ada produk extravaganza tu, Lepas ada viral tu baru saya taw produk tu wujud. 


Then saya ada terbaca banyak kali mengenai viral budak - budak zaman sekarang terutama sekali budak-budak wechat.Ya Allah geram betul bila saya baca semua tu,Bila dah terviral semua tu kat KHK baru menggelabah. 

Apa yang boleh saya cakap kat sini, bodoh tu simpan la sikit untuk masa depan jangan gila glamour sangat. Begini la kalau teknologi makin maju, Malu entah kemana bodoh entah kemana. Kan elok kalau post benda- benda elok je.Contohnya macam penghijrahan Safiey Ilias.

Setuju ke tak setuju? 



You Might Also Like

1 ulasan

  1. yang pasal kes suami isteri tu mst awak baca dari kisah rumah tangga dekat page fb kan? hurmm sejak terikut2kan page tu...dia jadi cam berhantu sikit. saya smpai tak de feeling pada mana2 lelaki. Well buknnya takde lelaki baik dalam dunia ni, cuma kita kene berhati2 pilih.

    berkenaan dengan yang viral plak. haha ada satu pepatah dari member saya. tapi sorry sangat sebab agak kasar tapi mendalam maknanya.
    "Bangang tu simpan sikit untuk anak, cucu, cicit. Jangan guna habis sekarng ni. Nanti xde untuk anak, cucu cicit kau guna" . kuikui..jangan marah. sorry kasar./

    BalasPadam

Instagram